SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Tawaran Penyertaan

Webinar Pertandingan

Kategori Pertandingan

Jenis Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia.

Program ini akan menjalankan siri webinar seperti berikut dan terbuka secara percuma kepada semua peserta.

  1. Webinar Infografik BMC: 9 November 2021
  2. Webinar Tuntas Perniagaan (Business Pitching): 14 November
  3. Webinar Viral Video – Rosdi Abdullah (Viral Oh Viral): 16 November 2021
  4. Webinar Inovasi Produk: 21 November
  1. Viral Video
  2. Tuntas Perniaagan (Business Pitching)
  3. Inovasi Produk
  4. Infografik Kanvas Model Perniagaan (BMC)
  1. Peserta berkumpulan (tidak lebih dari 4 orang) dan tidak termasuk usahawan
  2. Peserta perlu bekerjasama dengan pihak syarikat usahawan Industri Mikro dan Kecil (IMK) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi menyediakan bahan pertandingan

Yuran Penyertaan

  1. Setiap penyertaan dikenakan yuran RM200 untuk setiap kategori pertandingan. Yuran pernyertaan RM150 ditawarkan untuk Early Bird
  2. Pembayaran perlu dibuat sebelum pendaftaran dibuat.
  3. Yuran penyertaan hendaklah dibuat melalui pautan yang disediakan dan bukti pembayaran hendaklah dimuat naik ke pautan yang dinyatakan dalam laman web program.

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini hanya dibuka untuk pelajar di peringkat IPT. Pensyarah dan tenaga pengajar dibenarkan untuk menjadi penasihat kepada kumpulan pelajar tetapi tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  2. Pelajar perlu bekerjasama dengan syarikat usahawan dan menghasilkan bahan pertandingan yang boleh digunakan oleh syarikat tersebut bagi tujuan promosi.
  3. Hanya satu penyertaan bagi satu kategori pertandingan sahaja.
  4. Peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian lebih dari satu kategori pertandingan tetapi dikehendaki menghantar borang pendaftaran yang berbeza.
  5. Penyertaan adalah secara berkumpulan (maksima 4 orang ahli setiap kumpulan) dan tidak termasuk usahawan.
  6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  7. Penyertaan akan terbatal sekiranya penganjur mendapati bahan pertandingan yang dihantar adalah tidak asli/diciplak.
  8. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup.
  9. Setiap penyertaan haruslah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  10. Semua bahan pertandingan yang dihantar hanya akan dinilai oleh penganjur dan bahan tersebut bukan menjadi hak milik penganjur.
  11. Setiap penyertaan tidak boleh mengandungi unsur atau elemen dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana bangsa, agama dan budaya.
  12. Segala kos berkaitan pertandingan adalah di bawah tanggungan peserta.

SYARAT KHUSUS PERTANDINGAN

Syarat Pertandingan Infografik Kanvas Model Perniagaan (BMC)

  • Saiz poster: A3 (297 x 420mm / 11.7 x 16.5 inci) dan dalam format pdf.
  • Mempunyai logo UT-HACK.
  • Nama peserta dan organisasi
  • Nama dan logo syarikat usahawan
  • Kandungan poster mesti mempunyai 9 komponen BMC; kreatif dalam penyampaian informasi; tersusun dan mudah difahami.

Syarat Pertandingan Video Viral

  • Durasi video tidak melebihi 3 minit.
  • Mempunyai logo UT-HACK.
  • Nama peserta dan organisasi.
  • Nama dan logo syarikat usahawan
  • Kandungan video viral haruslah kreatif dan menarik; mempunyai suara dan pencahayaan yang jelas.
  • Video viral haruslah mempunyai kemampuan untuk menyampaikan produk /perkhidmatan IKS yang boleh digunakan oleh IKS untuk tujuan promosi.

Syarat Pertandingan Tuntas Perniagaan (Business Pitching)

  • Pembentangan tuntas perniagaan adalah dalam bentuk video dan berdurasi tidak melebihi 3 minit.
  • Mempunyai logo UT-HACK.
  • Nama peserta dan organisasi.
  • Nama dan logo syarikat usahawan
  • Pembentangan tuntas perniagaan mestilah mampu mempamerkan kemahiran komunikasi yang jelas.
  • Kandungan tuntas perniagaan mestilah jelas,  kreatif dan menarik minat pemegang taruh.

Syarat Pertandingan Inovasi Produk

  • Menghasilkan rekabentuk produk yang diinovasikan menggunakan teknik 3D dalam bentuk poster bersaiz A3 (297 x 420mm / 11.7 x 16.5 inci) dan dalam format pdf.
  • Mempunyai logo UT-HACK.
  • Nama peserta dan organisasi.
  • Nama dan logo syarikat usahawan.
  • Rekabentuk produk yang dihasilkan haruslah kreatif; kesediaan produk untuk pengkomersilan; dan boleh digunapakai oleh pengguna Tuntas Perniagaan

Penghakiman

Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare