Loading Events

« All Events

Kursus Kaedah Temu Bual dalam Penyelidikan Kualitatif UTHM 2026

July 9 @ 9:00 AM - August 23 @ 5:00 PM
Kursus Kaedah Temu Bual dalam Penyelidikan Kualitatif UTHM 2026

Kursus Kaedah Temu Bual dalam Penyelidikan Kualitatif anjuran Jabatan Sains Sosial dengan kerjasama UTHM Education & Training menawarkan peluang kepada peserta untuk menguasai kemahiran temu bual secara sistematik, praktikal dan berimpak tinggi. Program ini direka khas untuk pelajar siswazah, tutor akademik, penyelidik lapangan, pegawai pendidikan, pensyarah universiti serta pengamal NGO dan industri yang terlibat dalam penyelidikan sosial.

Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada pelbagai pendekatan dan teknik temu bual yang penting dalam penyelidikan kualitatif, termasuk kaedah pengumpulan data, pembangunan instrumen, etika penyelidikan serta analisis data menggunakan perisian ATLAS.ti.

📅 *Siri 1 – Peringkat Asas*
9 Julai 2026 | 9.00 pagi – 5.00 petang

Modul:

  1. Pengenalan temu bual,
  2. bentuk dan kaedah temu bual
  3. etika dalam menjalankan temu bual

📅 *Siri 2 – Peringkat Pengukuhan*
16 Julai 2026 | 9.00 pagi – 5.00 petang

Modul:

  1.  Teknik persampelan,
  2.  instrumen temu bual
  3. protokol temu bual.

📅 *Siri 3 – Peringkat Lanjutan*
23 Julai 2026 | 9.00 pagi – 5.00 petang
Modul:

  1.  Verbatim, koding dan tema,
  2.  penganalisisan data temu bual
  3.  analisis berbantu perisian ATLAS.ti.

💡 *Keistimewaan:*
✔️ Sijil penyertaan & jam latihan kursus UTHM
✔️ Fokus kepada bidang Sains Sosial
✔️ Perkongsian pengalaman dan bimbingan praktikal
✔️ Membantu menghasilkan temu bual berkualiti, data bermakna dan penyelidikan berimpak

💰 *Yuran Penyertaan:*
* 1 Siri: RM100
🎁 *Early Bird:* RM80 per siri bagi bayaran sebelum 12 Jun 2026
* Pakej 2 Siri: RM180
* Pakej 3 Siri: RM240

📌 *Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster.*

📞 *Pertanyaan:*
Dr. Zahrul: +60 13-794 2882
Dr. Faris: +60 12-966 2889

Jangan lepaskan peluang untuk memperkukuh kemahiran penyelidikan kualitatif anda melalui kursus yang praktikal, berkesan dan berimpak.Untuk maklumat lanjut mengenai penyelidikan kualitatif, peserta boleh merujuk kepada laman rasmi  dan sumber berkaitan metodologi penyelidikan.

Pautan :
  1. UTHM: https://www.uthm.edu.my
  2. ATLAS.ti: https://atlasti.com
  3. Malaysian Qualifications Agency (MQA): https://www.mqa.gov.my

Details

Organizer

  • TRAINING DEPARTMENT OF UTHM EDUCATION & TRAINING SDB BHD
  • Phone +6017-8095003
  • Email training@uthmet.edu.my
  • View Organizer Website