
UTHM di MyAERO Summit 2026
UTHM Education & Training Sdn. Bhd. (UET) menyertai MyAERO Summit 2026 bersama UTHM di MAEPS Serdang pada 25 hingga 27 Jun 2026. Sepanjang pameran, UET memperkenalkan SkyBound Aviation dan Program Sarjana Separuh Masa serta berkongsi maklumat mengenai peluang pendidikan, kerjaya, pembiayaan pengajian dan pembangunan profesional kepada para pengunjung.













