Sejarah Penubuhan

Program Persediaan Diploma UTHM

Program Persediaan Diploma UTHM pengambilan pertama pada tahun 2011 dan dilaksanakan sehingga kini. Program Persediaan Diploma UTHM ini dibentuk bukan sahaja membantu mengukuhkan pengetahuan pelajar ke peringkat diploma UTHM dan penyesuaian suasana pembelajaran di Universiti. Malahan dapat menyokong keperluan pengetahuan pelajar dalam bidang matematik, sains kejuruteraan dan Bahasa Inggeris. Seterusnya membantu mempraktikkan pencapaian akademik sewaktu menjalani program persediaan ke Universiti seperti asasi, matrikulasi dan mana-mana program diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Dilaksanakan oleh

Pusat Pengajian Diploma (PPD) UTHM dengan kerjasama UTHM Holdings Sdn Bhd melalui UTHM Education & Training Sdn Bhd (Anak Syarikat).

Jangka Masa

Program ini berlangsung selama empat (4) bulan, bermula pada Januari sehingga April setiap tahun.

Pelaksanaan

Adalah di bawah pemantauan Unit Audit Dalaman Universiti melalui Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA). Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA) berperanan memantau keseluruhan program mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti serta mengawal selia kualiti program khususnya aspek akademik.