
Sesi Rakaman Video Akreditasi HRD Corp
UTHM Education & Training (UET) telah melaksanakan sesi rakaman video bagi proses Akreditasi HRD Corp pada 3 Ogos 2026. Sesi yang melibatkan Tn. Haji Mohd Helmi bin Md Hatar sebagai penceramah ini merupakan sebahagian daripada usaha UET untuk memperkukuh kualiti latihan, pembangunan kompetensi dan pembelajaran profesional. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen UET dalam mengekalkan standard penyampaian program yang berkualiti dan berimpak.
























