
Lawatan Akademik ke PT INKA Perkukuh Pendedahan Pelajar dalam Industri Pembuatan Rel
UTHM Education & Training Sdn. Bhd. (UET) bersama pelajar separuh masa Master of Science in Railway Engineering daripada kumpulan CNR/PRASARANA telah mengadakan lawatan akademik dan industri ke PT Industri Kereta Api (PT INKA), Madiun. Para peserta mendapat pendedahan secara langsung mengenai operasi, proses pembuatan kereta api dan fasiliti pengeluaran. Lawatan ini membantu menghubungkan pembelajaran akademik dengan amalan sebenar industri serta memperkukuh pemahaman pelajar terhadap ekosistem pembuatan rel di Indonesia.
























