
Pembentangan Program ONN Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026
UTHM Education & Training (UET) telah mengadakan sesi pembentangan dan perbincangan bersama Institut Dato’ Onn (IDO) mengenai pelaksanaan Program ONN Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026. Program selama 12 bulan ini memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan, inovasi, komunikasi, tadbir urus dan kompetensi peserta melalui pendedahan bersama agensi kerajaan negeri, sektor korporat dan organisasi berkaitan.
























