Perbincangan Strategik Program EdD bagi Pasaran Antarabangsa China
UTHM Education & Training Sdn. Bhd. (UET) bersama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah mengadakan perbincangan strategik mengenai cadangan pelaksanaan program EdD untuk pasaran pelajar antarabangsa dari China. Sesi ini membincangkan potensi program, keperluan pelaksanaan dan pendekatan strategik bagi memperluas peluang pendidikan antarabangsa serta memperkukuh kerjasama antara UET dan FPTV.