Cadangan Kerjasama Strategik & Peluang Pelaburan Ekuiti – LEA Academy & EduCity International College
UTHM Education & Training Sdn. Bhd. (UET) bersama LEA Academy telah mengadakan sesi perbincangan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dengan EduCity International College (EIC). Perbincangan memberi tumpuan kepada pengambilan pelajar antarabangsa, program Bahasa Inggeris sebagai laluan pengajian akademik, pengembangan pasaran EIC serta cadangan penyertaan ekuiti. Inisiatif ini berpotensi memperkukuh kedudukan EIC sebagai platform pendidikan antarabangsa dan membuka peluang kerjasama jangka panjang.