Perbincangan Struktur Kolaborasi | Persidangan Dewan Muda Johor 2026
UTHM Education & Training (UET) telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak perunding mengenai struktur kolaborasi dan perancangan pelaksanaan Persidangan Dewan Muda Johor 2026. Sesi ini memberi tumpuan kepada penyelarasan peranan, skop kerjasama dan strategi pelaksanaan bagi memastikan program dapat dijalankan secara tersusun, berimpak dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.